Slider

Recent Tube

" });

liga super

epl

harimau malaya

piala fa

liga juara juara

Gallery

Thursday, May 22, 2014

Malaysia juara kumpulan C, kalahkan Korea Selatan 3-2

Tan Wee Kiong / Goh V Shem muncul penyelamat negara apabila berjaya menyumbang mata kemenangan untuk membantu Malaysia mengatasi Korea Selatan 3-2 sekali gus muncul juara Kumpulan C kempen kelayakan Piala Thomas 2014 di New Delhi, India malam tadi.

Ternyata percaturan jurulatih beregu lelaki Malaysia, Pang Cheh Chang mengekalkan gandingan tersebut selaku beregu kedua negara membuahkan hasil apabila mereka berjaya menyumbang mata ketiga dengan menewaskan  Kim Sa Rang/Kim Ki Jung 21-17 dan 21-19.

Lebih manis, kejayaan tersebut berjaya mencalarkan reputasi beregu Korea Selatan yang sebelum ini ternyata mantap dalam acara tersebut.

Bagaimanapun yang paling utama adalah kemenangan ke atas Korea membolehkan pasukan negara mengelak daripada bertemu seteru utama, China dan Indonesia pada suku akhir nanti, sebaliknya kita akan berdepan naib juara Kumpulan sama ada, Thailand, Denmark atau Perancis.

Terdahulu, Chong Wei membolehkan Malaysia bermula langkah kanan apabila mengutip mata pertama dengan menundukkan Son Wan Ho 21-17 dan 21-17.

Bagaimanapun, rentak cemerlang tersebut gagal diteruskan beregu pertama negara, Tan Boon Heong / Hoon Thien How apabila mereka tewas kepada Yoo Yeon Seong / Lee Yong Dae  19-21 dan 19-21 bagi memberi kedudukan terikat 1-1.

Pemain perseorangan kedua, Chong Wei Feng kembali menceriakan kem negara apabila mengutip mata kedua hasil kejayaan menumbangkan Lee Dong Keun dalam satu persaingan sengit yang berkesudahan 19-21, 21-17 dan 21-14.

Kejayaan itu nyata menyuntik semangat Wee Kiong/V Shem apabila mengesahkan kemenangan dengan mata ketiga selepas menewaskan beregu Korea.

Goh Soon Huat yang turun buat kali pertama dengan menggantikan kapten negara, Liew Daren bagi melengkapkan jadual perlawanan dalam perseorangan ketiga, gagal menambah mata selepas tumpas 21-23 dan 21-15 kepada Soo Hwang Jong.

sinarharian.com.my

Saturday, May 17, 2014

Pelumba Super Siri Malaysia maut dalam kemalangan

Pelumba Super Siri Malaysia (MSS) 2014, Amaludin Abd Rahman maut dalam kemalangan semasa sesi latihan pusingan pertama kejuaraan motosikal itu di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

Sepang International Circuit (SIC) dalam kenyataan berkata pelumba novis berusia 42 tahun itu dipercayai gagal mengawal jenteranya di 'Turn 15' sirkit itu sebelum terbabas dan melanggar penghadang tayar pada pukul 4.30 petang.

Mangsa beraksi dalam kategori Super Stock B dalam perlumbaan tahunan itu.

SIC berkata pasukan perubatan segera dihantar ke lokasi kejadian untuk memberi rawatan awal sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Putrajaya.

Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia di hospital berkenaan.

"SIC merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan Amaludin Abd Rahman yang meninggal dunia akibat kemalangan malang itu," katanya.

SIC berkata laporan polis dibuat dan pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan kes itu.

Kemalangan maut di litar tersebut merupakan kali ketiga sejak 2011.

Pada kejuaraan sama tahun lepas, pelumba muda Muhammad Izzat Mohd Abdul Hakim, 17, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), lima hari selepas jenteranya terbabas dan melanggar marsyal perlumbaan sebelum berakhir sesi latihan.

Sebelum itu, pada 23 Okt, 2011, pelumba MotoGP Marco Simoncelli, 24, dari Itali terbunuh selepas terbabas pada perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia.

sumber

Wednesday, May 7, 2014

Piala FA: Kelantan bernasib baik

Kelantan gagal memanfaatkan peluang beraksi di gelangang sendiri apabila seri 3-3 kepada Felda United pada aksi separuh akhir pertama saingan Piala FA di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Bharu, malam ini.

Pada separuh masa pertama Kelantan memulakan perlawanan dengan aksi hambar apabila pasukan pelawat lebih banyak melakukan serangan menerusi tiga penyerangnya iaitu Indra Putra Mahyuddin, Edward Junior Wilson dan Zah Rahan Krangar.

Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-17 selepas hantaran dari Zah Rahan Krangar dimanfaatkan oleh Edward Junior Wilson yang bijak menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Pada minit ke-24, pelawat menggandakan jaringan menerusi bekas pemain Kelantan iaitu Indra Putra Mahyuddin yang menanduk hantaran Zah Rahan Krangar.

Kelantan kemudiannya memperoleh peluang terbaik untuk menjaringkan gol pada minit ke-33 tetapi tandukan Brendan Gal hanya melewati palang gol.

Pasukan pelawat yang kelihatan seperti bermain di tempat sendiri memperoleh gol ketiga pada minit ke-35 hasil jaringan Mohd Khairul Ismail selepas pertahanan pasukan Kelantan gagal mengeluarkan bola dalam kawasan kotak penalti.

Selepas tersentak dengan tiga gol awal dari pasukan pelawat, Kelantan kemudiannya memperoleh gol pertama pada minit ke-40 hasil jaringan Francis Forkey Doe yang bijak membaca hantaran kapten pasukan Mohd Badri Radzi.

Kelantan yang seakan-akan mendapat rentak permainan merapatkan kedudukan jaringan pada minit ke-43 hasil tandukan Ahmad Fakri Saarani.

Pada aksi separuh masa kedua, skuad 'The Red Warriors" memperkemaskan jentera serangan dengan memasukkan Mohamed Shawky Aly, Mohd Fitri Omar dan Khairul Izuan bagi memburu gol penyamaan.

Kelantan kemudiannya menyamakan kedudukan pada minit ke-50 hasil jaringan Wan Zaharul Nizam menewaskan penjaga gol pelawat Mohd Farizal.

Felda United hampir memperoleh gol kemenangan pada minit ke-89 selepas Indra Putra Mahyuddin menewaskan Khairul Fahmi Che Mat namun sepakan leretnya itu diselamatkan Nik Shahrul Azim.

Pada aksi separuh akhir kedua, Kelantan akan menentang Felda United pada 31 Mei ini.

sumber

Monday, May 5, 2014

Piala FA: JDT1 hanya mampu seri 1-1 dengan Pahang

Johor Darul Takzim 1 (JDT1) gagal memanfaat kelebihan bermain di tempat sendiri apabila hanya mampu seri 1-1 dengan Pahang pada separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Larkin hari ini.

Bermain di depan 30,000 penonton, skuad bimbingan Bojan Hodak memulakan aksi mereka dengan berhati-hati dan dilihat membiarkan Pahang melakukan serangan bertali arus ke kubu mereka.

Penyerang import Pahang Dickson Nwakaeme menguji gawang JDT1 seawal minit kelima selepas berjaya meloloskan diri daripada kawalan pertahanan tuan rumah Marcos Antonio Santos namun rembatannya tersasar.

Penyerang skuad Tok Gajah yang bertubuh tegap itu berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan JDT1 menerusi gerakan berbahaya namun kawalan ketat Marcos Antonio kelahiran Brazil menggagalkan usahanya mencari jaringan.

Pasukan JDT1 memecah kebuntuan apabila penyerang kelahiran Santa Fe, Argentina, Luciano Figueroa menjaringkan gol pertama permainan pada minit ke-13 menerusi gerakan cantik hasil sepakan percuma Safiq Rahim.

Safiq berjaya mengelirukan pemain bimbingan jurulatih Zainal Abidin Hassan yang berkumpul di kotak penalti Pahang dengan melorong bola kepada Figueroa yang menunggu di penjuru kotak penalti.

Gol itu ternyata menghidupkan permainan dengan pemain JDT1 melipatgandakan serangan ke kubu Pahang namun berjaya ditangani pemain pertahanan Pahang yang diketuai Damion Stewart.

Bagaimanapun, sepakan percuma Azidan Sarudin pada minit ke-36 membolehkan Pahang memperoleh gol penting di tempat lawan hasil tandukan Matias Conti untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Gol terhasil apabila bola sepakan Azidan berjaya ditanduk Stewart ke tengah kotak penalti JDT1 sebelum disambar oleh Conti meskipun dicabar beberapa pemain pertahanan pasukan tuan rumah.

Berakhir separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terikat 1-1 dan babak kedua permainan menyaksikan skuad Harimau Selatan melipatgandakan serangan namun pertahanan Pahang utuh menggagalkan usaha JDT1.

Bojan Hodak memasukkan Aidil Zafuan dan Irfan Fazail dalam usaha memperhebat serangan namun sehingga tamat permainan, usaha keras mencari gol kedua sebagai bekalan pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Darul Makmur pada 30 Mei depan menemui jalan buntu. -Bernama

sumber

Selangor 0-0 Terengganu

SELANGOR [0] vs [0] TERENGGANU


La Liga: Barcelona seri Getafe CF 2-2



Juara liga: Peluang City lebih cerah berbanding Liverpool

Manchester City semakin hampir menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas bangkit untuk menang ke atas Everton di Goodison Park, awal pagi semalam.

Dalam perlawanan itu, City berhempas pulas sebelum menang 3-2, cukup untuk mereka mengubah skrip kedudukan dan merampas tampuk pendahulu daripada Liverpool.

Skuad The Citizens kini terikat 80 mata dengan Liverpool, namun memiliki kelebihan jumlah gol.Kemenangan itu jelas memberi kepuasan kepada Manuel Pellegrini, bagaimanapun katanya, itu tidak bermakna mereka boleh menghela nafas lega memandangkan persaingan masih belum berakhir.

"Kita harus ingat perjuangan masih belum selesai dan kita masih ada dua perlawanan menentang Aston Villa sertaWest Ham.

"Sekarang kita perlu cuba untuk memenangi perlawanan tersebut dan baru kita akan melihat apa yang akan berlaku seterusnya.

"Apa pun, tekanan itu semakin tinggi dan saya harap pemain mampu mengawalnya dengan baik," katanya.

sumber